PENGENALAN




Hai assalamualaikum saya NUR AFIQAH BINTI ZAMAN NURI , saya student dari MSU COLLEGE SHAH ALAM , SEKSYEN 13.. Di kolej saya mengambil aliran kulinari dan gambar di atas itu adalah yang dimasak oleh saya sendiri pada tahun lepas dkt kitchen msu..dan di kolej saya dah pernah masak western food pada sem lepas dan masakan asia dengan salad tuk sem baru ni ( sem 3 ) second last sem utk sijil..harini saya nak berkongsi kepada korang semua tentang perkhidmatan makanan yang berada di 5 tempat yang saya pergi iaitu di hospital, kantin sekolah, restoran, rnr, dan warung viral.




1 )  SMK SRI ANDALAS , KLANG 




 Smk Sri Andalas terletak di Taman Sri Andalas, Klang. Pelajar kumpulan pertama mendaftar pada 1 Disember 1994/1995. Ketika itu bangunan SMKSA masih dalam pembinaan. Maka, warga SMKSA menumpang sementara di bangunan sekolah rendah Kebangsaan Taman Sri Andalas yang terletak bersebelahan.


Pada sesi persekolahan 1996, bilangan tenaga pengajar menjadi 25 orang. Pada 4 Januari 1997, warga SMKSA berpindah ke bangunan baru. Kini setelah 18 tahun penubuhannya, SMKSA mengalami pelbagai perubahan seperti pertambahan prasarana, pernambahan tenaga pengajar seramai yang kini berjumlah 130 orang dan bilangan pelajar mencecah 2063 orang.


SMKSA akan terus memberi perkhidmatannya kepada masyarakat bagi melahirkan generasi yang berilmu dan bermoral bagi mengharungi hidup yang penuh cabaran agar agama, bangsa dan negara terus dibela dan dipertahankan.

Misi Sekolah

"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI 
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU 
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"


Lagu Sekolah

Perpaduan erat dan bersatu,
Teras meneroka ilmu,

Kejayaan gemilang yang dituju,
Bersama kita maju.

Melahirkan insan yang seimbang,
Dalam setiap bidang,
Sri Andalas sekolahku,
Maju terus maju.

Nilai murni amalan kami,
Percaya tuhan di paksi hati,
Falsafah pendidikan dihayati,
Kearah sekolah bestari.

Okay selesai jugak saya ceritakan sedikit pasal portal tentang SMK SRI ANDALAS ni,jum kita pergi ke kantin sekolah pulak

Yang warna kuning itu tempat para pelajar lelaki beratur untuk membeli makanan , manakala yang sebelahnya pulak untuk pelajar perempuan

 Gambar di atas itu kawasan kantin dan kandungan kalori yang terdapat dalam setiap makanan yang dijual di kantin sekolah ini.Seterusnya saya nak kongsi sedikit temu ramah saya dengan onwer kantin ini.




- Yang ni pulak gambar saya dengan separuh pekerja kantin sekolah
 Ok sekain itu sahaja dari saya tentang kantin sekolah di smk sri andalas . Andai berjumpa lagi byeeeee assalamualaikum dan terima kasih



2 )HOSPITAL KERAJAAN ( HOSPITAL SHAH ALAM , SEKSYEN 7 )


 Ini pintu masuk HOSPITAL SHAH ALAM , SEKSYEN 7




1.0    PENGENALAN

Jabatan Dietetik dan Sajian adalah salah sebuah jabatan sokongan klinikal di Hospital Shah Alam. Jabatan ini terletak di aras 1 Zon A, besebelahan dengan Jabatan Forensik dan Unit Kejuruteraan. Jabatan ini menawarkankan 2 perkhidmatan yang utama iaitu :
  1. Perkhidmatan Dietetik Klinikal yang melibatkan penyampaian ‘Medical Nutrition Therapy’ (MNT) dalam membantu perawatan pesakit yang dirujuk.
  2. Perkhidmatan Sajian Makanan yang mana aktiviti sajian makanan diswastakan dan dijalankan secara berpusat.

2.0    VISI

Jabatan Dietetik dan Sajian akan sentiasa berusaha dalam perkembangan perkhidmatan dietetik, perkhidmatan sajian makanan dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

3.0    MISI

Jabatan Dietetik dan Sajian berusaha untuk:
Perkhidmatan Dietetik
  • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik yang merangkumi promotif, pencegahan, rawatan dan pemulihan berdasarkan amalan ’evidenced-based’ di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
  • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.
Perkhidmatan Sajian Makanan
  • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan menggunakan sistem yang bersesuaian serta berkualiti.
  • Melaksanakan sistem pengurusan dengan cekap berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

4.0    SKOP PERKHIDMATAN

4.1    Perkhidmatan Dietetik
Perkhidmatan Dietetik  yang ditawarkan adalah seperti berikut:
    1. Perkhidmatan Dietetik Klinikal untuk pesakit dalam dan pesakit luar
    2. Kajian dan penyelidikan
    3. Perkhidmatan Komuniti
Pengurusan Perkhidmatan Dietetik adalah seperti berikut:
    1. Pengurusan Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam
    2. Pengurusan Rawatan Susulan Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam
    3. Pengurusan Pemakanan Enteral Pesakit Dalam
    4. Pengurusan Pelan Discaj Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam
    5. Pengurusan Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar Secara Individu
    6. Pengurusan Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar Secara Berkumpulan
    7. Pengurusan Rawatan Susulan Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar

Jadual Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar Secara Individu
Klinik Dietetik Pesakit Luar (individu) akan diadakan 4 kali seminggu di aras 1, Klinik Pakar. Jadual perkhidmatan kaunseling pemakanan adalah seperti berikut:

Hari
Masa
Isnin
8.00 pagi hingga 1.00 petang
Selasa
8.00 pagi hingga 1.00 petang
Rabu
8.00 pagi hingga 1.00 petang
Khamis
8.00 pagi hingga 1.00 petang
Jadual Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar Secara Berkumpulan
Klinik dietetik (Berkumpulan) akan diadakan pada hari Jumaat, pada 10.00 hingga 11.00 pagi

Jadual Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam
Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam akan dikendalikan di wad pada setiap hari bekerja daripada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang


4.2    Perkhidmatan Sajian Makanan
Menyediakan makanan yang selamat dan berkualiti dengan menggunakan sistem yang bersesuaian bagi menepati keperluan pemakanan pesakit dengan mematuhi panduan dan peraturan kebersihan dan keselamatan makanan.
Perkhidmatan Sajian Makanan adalah seperti berikut:
    1. Menyediakan diet normal dan diet teraputik  mengikut pesanan wad untuk wad diraja, kelas satu, dua, tiga, wad kanak-kanak, ibu menemani anak (MAC) dan termasuk pesakit di pusat rawatan harian, wad pemerhatian dan di unit hemodialisis.
    2. Menyediakan diet kelas satu dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan dan paramedik bertugas di dewan bedah mengikut pekeliling terkini Kementerian Kesihatan Malaysia.
    3. Membekalkan bahan makanan kering kepada jabatan yang layak dan memerlukan.
    4. Membekalkan produk susu enteral kepada wad berdasarkan pesanan.

Waktu Operasi jabatan
Jabatan Dietetik dan Sajian akan beroperasi setiap hari bermula pada pukul 5.00 pagi hingga 9.00 malam.

3 ) HOSPITAL SWASTA ( DEMC SPECIALIST HOSPITAL , SHAH ALAM )


GLORIA JEAN'S COFFFEES
 Menawarkan pengalaman kopi terbaik, Gloria Jean's Coffees adalah pembuat kopi buatan sendiri yang boleh dipercayai. Gloria Jean's Coffees menawarkan menu minuman baru dan lebih luas, minuman penyejuk sejuk dan penyejuk buah segar untuk memenuhi jangkaan generasi baru pencinta kopi. Menawarkan pelbagai jenis kopi gourmet yang baik dan disajikan dalam suasana yang mesra, mesra, kedai Gloria Jean's Coffees tidak lama lagi mendapat bahagian pelanggan setia. Strategik terletak di lobi utama, Ground Floor berhampiran eskalator.


 DAILY FRESH 
Daily Fresh menawarkan pelbagai makanan ringan dan makanan pencuci mulut seperti Cup Corn, Wafito, Ice Kimo, Gelato Tempo dan Pop Corn. Aktiviti perniagaan utama Daily Fresh adalah Corn Farming. Terletak secara strategik di Tahap 1, berhampiran Therapeutic Garden

4 ) R & R ELMINA UTARA







5 ) MANGO SMOOTHIES BY LOLA MANGO NEAR GM KLANG ( WARUNG VIRAL )

 

 Ni gambar saya dengan onwer kedai .
 Ni pula harga mengikut setiap saiz 



Kalau korang semua yang  sedang mencari kesegaran yang baik pada hari yang panas, Lola Mangga adalah tempat yang tepat untuk pergi. Terletak berhampiran dengan GM Klang, tempat itu sentiasa penuh sesak dengan pelanggan yang menunggu untuk kegunaan mereka.

Specialty mereka adalah Royal Mango, Cup of smoothies yang dibuat dari mangga segar. Dengan melihat minuman itu, anda akan tergoda untuk menyertai orang ramai.
Harga Royal Smoothies Mango, RM 10 untuk besar dan RM 9 untuk cawan sederhana. Bagi saya saya tidak keberatan untuk membayar lebih banyak untuk jumlah besar mangga yang mereka masukkan ke dalam smoothies. Mereka dibuka dari 11 A.M hingga lewat petang.

Keenakkan rasa Lola Mango
Saya telah order saiz sederhana. Rasa mangga segar hanya meletup di mulut saya. Ia sangat menyegarkan. The sweetness of smoothies dan kesegaran mangga mereka meletakkan di atas hanya hebat. Saya benar-benar akan mengesyorkan tempat ini untuk kualiti produk.Dan selain daripada mango smoothies yang dorang jual,dorang jugak menjual benda lain untuk menambahkan lagi keuntungan..Mereka menjual ayam goreng dan sambal.

6 ) SECRET RECEPI , AEON SHAH ALAM ( FAMILY RESTAURANT )



 Ini bukti saya dengan kawan-kawan saya ( ima dan reen ) pergi ke secret recipe
 GRILL CHICKEN MUSHROOM SAUCE
 MAC & CHEESSE AND PRAWN

 TOMYAM KUNG

SEBUT sahaja kedai kek yang enak dan tidak mengecewakan di Malaysia pasti lidah akan ringan menuturkan perkataan Secret Recipe kerana keknya tidak pernah mengecewakan pencinta pencuci mulut.

Mungkin hanya segelintir daripada kita sahaja tahu bagaimana wujudnya jenama Secret Recipe di Malaysia oleh individu yang berasal daripada Kota Baharu, Kelantan, Datuk Steven Lim.

Secret Recipe yang diasaskan pada 1997 terus mendapat nama dan menjadi popular melalui kek gourmet keluarannya yang mempunyai kualiti hebat.

Kafe pertamanya telah dibuka di SS2 Petaling Jaya, Selangor di mana menyediakan konsep baharu bagi perniagaan kek dan kopi dalam memberi kelainan kepada penggemar makanan tersebut.

Kini jenama tersebut berkembang menjadi salah satu kek gaya hidup yang mempunyai rantaian kafe yang luar biasa iaitu lebih daripada 300 cawangan setakat ini.

Secret Recipe Cakes & Cafe’s boleh didapati di lokasi utama kawasan bandar dan pusat membeli-belah utama di rantau ini termasuk Singapura, Malaysia, Jakarta, Bangkok, Manila, Brunei dan Shanghai.

Kafe ini juga diiktiraf dengan pensijilan halal yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ia turut menawarkan perkhidmatan ruang makan yang mesra dan peribadi bagi pelanggan dengan menggabungkan konsep dalaman yang bertenaga dan kontemporari dengan suasana selesa dan makanan yang lazat.

Tidak ketinggalan, Secret Recipe Cakes & Cafe’s juga menyediakan ruang yang selesa dan besar bagi membolehkan pelanggan menikmati makanan yang lazat dan berkualiti bersama rakan-rakan atau keluarga selepas hari yang panjang di tempat kerja.

Secret Recipe juga komited untuk mematuhi piawaian penyediaan makanan dan pemprosesan semua di restoran mengikut garis panduan kawal selia, termasuk garis panduan analisis bahaya dan titik kawalan kritikal (HACCP) dan pembungkus produk yang didaftarkan untuk mendapat dan mewujudkan keyakinan pengguna ke atas keselamatan produk di samping sebagai kaedah penggalak pemasaran (VHM).
Selain aneka kek yang menggiurkan, Secret Recipe turut menawarkan pelbagai makanan seperti, Tom Yam Kung, Nasi Goreng dengan Satay, Lasagna, Spagheti, Chicken Cordon Bleu dan pelbagai lagi.

KESIMPULANNYA

Perkhidmatan makanan merujuk kepada sesuatu institusi atau kedai makan atau restoran atau pihak-pihak tertentu yang menawarkan khidmat penghidangan makanan dan minuman yang telah disiap untuk dipesan, dan dimakan (atau minum) di premis atau diluar premis. Ia meliputi juga kepada perkhidmatan kulinari dan katering. Pilihan perkhidmatan makanan boleh dibuat dalam bentuk ala carte atau layan diri. Istilah ini meliputi kepelbagaian tempat dan kelainan cara masakan.
Perkhidmatan makanan kini amat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan kerana itu banyak dari pengendali perkhidmatan makanan menawarkan pakej-pakej pengurusan dan khidmat penyediaan dan penghantaran makanan yang pelbagai bergantung kepada kos, kehendak pelanggan dan kualiti perkhidmatan.






Comments